alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Khamis, 3 Februari 2011

kaburnya mata

bismillahhirrahmannirrahim
dgn nama ALLAH yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

sungguh banyak nikmat kurniaan dari ALLAH

Mata salah satu daripadanya

tanpa mata,
bagaimana untuk kita melihat dunia cantik ciptaan ALLAH
bagaimana mungkin kita mahu mensyukuri indah ciptaannya
bagaimana ingin menangisi setiap dosa yang dilakukan
bagaimana ingin melihat wajah kekasih yang diimpikan
bagaimana?

mata anugerah yang tidak terhingga bagi mereka yang pandai mensyukurinya

bukan tidak mensyukurinya.
sungguh,
ALLAH menarik sedikit demi sedikit keupayaan mata ini untuk melihat, menatap dengan jelas.
sungguh,
rindu untuk melihat sesuatu dengan jelas dan terang tanpa perlukan perantaraan lain
sungguh,
cemburu dengan kalian yang masih mempunyai mata yang jelas terang untk melihat

tapi
sesungguhnya, kekaburan ini membawa erti yang banyak.
selagi masih punya penglihatan sebelum dihilangkan terus oleh ALLAH

mata ini juga yang menitiskan butir-butir mutiara penyesalan terhadap YA RABB
kaburnya mata

jagalah mata kerana ia tiada galang gantinya =)

wallahua'lam
wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan