alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Sabtu, 19 Februari 2011

RAGAM, MACAM-macam, ragam

Bismillahhirrahmannirrahim
Dgn nama ALLAH yang Pengasih , Maha Penyayang

terdetik dihati nak menghantar entri terbaru untuk saat ini...
ana baru balik dari rapat umum di kolej ana.

ALLAHUAKHBAR!!!
takbir ana dengan gelagat para penyokong
Pro-A atau Pro-M
pro and kontranya ana sendiri pun sukar nak kenalpasti...

7 kerusi untuk direbut oleh 16 calon
masing-masing membawa manifestasi tersendiri...

dari evolusi hinggalah ke revolusi terus menjadi mahasiswa yang unggul
benarkah kita sebagai mahasiswa perlu berevolusi?
selidiki makna evolusi itu sendiri...jom2 buka kamus dewan bahasa dan pustaka edisi??
revolusi juga???
sebagai mahasiswa, rasanya, kita sendiri telah berevolusi...
REFORMASINYA???
membentuk persona diri untuk apa?
terbelakah kita hanya untuk tempoh berjawatan selama 1 tahun??

apapun ana respect dengan calon-calon dan penyokong-penyokong
kerana masing-masing menonjol dengan manifestasi tersendiri..
sampai hilang suara membuat rapat umum...

TETAPI,
perlukah seorang, dua orang dan beberapa orang juga
muslimah turut terpekik-pekik memberikan sorakan??
ya...sekadarnya...
dan perlukah wujudnya perpecahan antara penyokong menjelang PRU-Universiti??
hingga menjeling, memerli, memekik...
tak kurang juga yang sanggup memutuskan silaturahim hanya kerana kita berbeza aliran pilihan...
tidak kurang juga yang diugut...

bagaimana agaknya menjelang pilihanraya nanti pada
18 R/Awal???

bagi ana pula?
siapa pilihan ana?
SULIT!
RAHSIA!

inshaALLAH
kebenaran akan memihak pada yang benar...
inshaALLAH
pilihan ana adalah yang tepat dan terbaik...
inshaALLAH
semoga pemimpin yang berjaya nanti akan melaksankan tanggungjawab, janji2 dan segala amanah dengan telus, tulus, ikhlas dan menepati.

kejap2...
terkesima juga tadi melihat beberapa calon yang bertanding...
rasa rindu dan terkenang-kenang pada dua orang sahabat ana yang dah lama tak dihubungi...
rasa panas anak mata...
sebab ana ternampak ada antara calon tersebut iras-iras sahabat paling raaaaaaaaapat dengan ana masa di sekolah menengah dan di kampung dulu...

tapi sekarang?
masing2 membawa haluan sendiri...
gayanya, tuturnya, lengguk suaranya...
SUBHANNALLAH...
sama...
terus ana SMS dia
menyatakan rindu padanya...
ya...dia sibuk...
ana sahaja yang suka menyibukkan diri untuk sibuk...
(nada merajukkah?)

berbalik pada PRU-U
Pro-A atau Pro-M???
jeng3x...

semoga ALLAH mempermudahkan tugas dan amanah calon-calon PRU-U kelak...
amin...


mutiara kata~
jangan biarkan kesedihan hari ini,
menghancurkan hari esok,
walaupun esok belum pasti ada,
hilangkan kesedihan tersebut,
dan hargailah hari yang sednag dilalui
dengan rasa syukur, gembira dan senang.

semoga kita semua berada di bawah
Rahmat, cinta dan kasih sayang ALLAH SWT..
ameen...

wallahu'alam

wassalamualaikum wbt~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan