alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

alam berwarna indah itulah warna-warna kehidupan insani

Khamis, 1 Mac 2012

OH ALLAH~~~

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM
dgn nama ALLAH yang Maha Pemurah Maha Penyayang

Semoga ALLAH berikan kedamaian
semoga ALLAH menganugerahkan ketenangan
semoga ALLAH melembutkan hatinya
semoga ALLAH membantu kami
semoga ALLAH redha dgn semuanya
semoga ALLAH bersama kami

cukup kepada ALLAH kuserahkan segalanya
darinya anugerah kasih tidak terhingga ini datang,
maka kepadanya juga aku kembalikan.

mungkin selayaknya, aku belum layak.
bahkan, mungkin kami belum layak.

moga hati ikhlas
moga hati tabah
moga hati kuat tidak ampuh
moga hati cepat tenang
moga hati redha
moga hati pasrah

ringankan apa yang terasa berat
mudahkan apa yang dirasa payah
kuatkan apa yang terasa lemah
didik hati yang semakin sayu

ingatkan dikala lupa
tegur dikala khilaf
betulkan dikala salah

benar, hati tak mampu menangkis
andai dia 'al-muhtamalina zaujh' yang Kau tentukan padaku
kekalkan, permudahkan, tautkan hati kami untuk terus bertaut keranamu
andai aku adalah 'az-zaujh mustaqbil' yang kau tentukan untuknya
kekalkan, permudahkan, tautkan hati kami untuk terus bertaut keranamu
datangkan kembali cintaMU kepada kami
sabarkan kami dalam bersabar
sabarkan aku untuk bersabar
sabarkan dia agar bersabar

Allah
lembutkan hati-hati kami yang kaku
kukuhkan hati-hati kami yang rapuh
tautkan hati-hati kami yang jauh

Allah
cukuplah padaMU yang mengetahui
semoga dipermudahkan dalam segala kesukaran yan dirasa ini
semoga didatangkan semula semangat-semangat yang mula padam perlahan
semoga digantikan semula butir-butir air mata yang tertumpah
dengan kasihMU, RahmatMU serta ketenanganMU

Allah
tetapkan hati kami
tetapkan iman kami

bukan pasrah atau menyerah
ALLAH yang lebih mengetahui segalanya
cukuplah Engkau yang menjadi pemelihara kami dunia dan akhirat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan